Promosi Hari Raya Jaguar XF

Promosi Hari Raya Jaguar XF

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Jaguar Land Rover Brunei anak syarikat Indera Motors Sdn Bhd, sekarang menawarkan promosi menarik buat pelanggan ke atas kereta yang telah memenangi beberapa anugerah iaitu Jaguar XF dengan harga yang berpatutan bagi promosi Hari Raya yang bermula hari ini.

Dengan pilihan enjin yang berkuasa tinggi, ruang dalam yang menarik dan dilengkapi teknologi moden, Jaguar XF adalah salah satu kereta Jaguar yang paling menarik dikeluarkan setelah sekian lama. Menawarkan kemewahan, kecekapan dan prestasi, Jaguar XF dicipta untuk prestasi tinggi dan pengendalian responsif.

Ia juga dimuatkan dengan enjin petrol 2.0 liter i4 berkuasa turbo dan dilengkapi dengan transmisi elektronik 8 kelajuan automatik dengan Sequential Shift. Bentuk luaran kereta tersebut pula diinspirasikan daripada rekaan Jaguar yang bersejarah digabungkan dengan gaya bentuk sedan masa kini.

Jaguar XF juga dilengkapi dengan penjimatan minyak enjin 2.0 liter berkuasa turbo empat silinder 240 kuasa kuda. Kesemua Jaguar XF juga dilengkapi dengan ciri-ciri standard termasuk sensor parking, sambungan Bluetooth kepada telefon, audio dan iPod.

Menampilkan bentuk badan yang sportif.
Menampilkan bentuk badan yang sportif.
Ruang kokpit yang dilengkapi teknologi tinggi.
Ruang kokpit yang dilengkapi teknologi tinggi.
Ruang dalam yang mewah dan menawan.
Ruang dalam yang mewah dan menawan.

Sejak diperkenalkan pada 2013, Jaguar XF telah mewarnai jalan-jalan di Brunei dengan kelas dan keanggunan. Ia juga dilengkapi dengan jaminan tiga tahun atau 100,000km perjalanan dan bantuan di tepi jalan percuma.

Dibawakan oleh satu-satunya pengedar, Syarikat Indera Motor Sdn Bhd, Jaguar XF akan berada dalam promosi selagi stok masih ada. Para pelanggan adalah dialu-alukan untuk menguji pandu mana-mana kereta Jaguar dan Land Rover di ruang pameran yang terletak di Lot Q2, Q3 dan Q4, kawasan Perindustrian Lambak Kanan, Berakas.

Waktu perniagaan pada bulan Ramadan adalah dari Isnin hingga Khamis jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang, Jumaat dari 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan dibuka semula sebelah petang jam 2 hingga 4 dan hari Sabtu 8.30 pagi hingga 4 petang.

ARTIKEL YANG SAMA