Promosi Hari Raya Peugeot

Promosi Hari Raya Peugeot

Oleh Rafidah Jumat dan Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai- T.C.Y Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kereta modal Peugeot di Brunei Darussalam kini menawarkan promosi Hari Raya sehingga 40 peratus untuk barangan terhad dan eksklusifnya di butik Peugeot, Kiarong.

Promosi sehingga 20 Julai itu termasuk barangan Peugeot Lion Cuddly Toy dan Lion Arts Toy yang didatangkan dari makmal Peugeot di Perancis.

Peugeot Lion Cuddly Toy dan Lion Arts Toy yang memaparkan inspirasi pelbagai modal bagi kereta Peugeot ini boleh diberi kepada keluarga dan rakan sebagai cenderamata atau dijadikan barang koleksi.

Barangan lain yang turut ditawarkan termasuk kemeja-t Peugeot, jam tangan, alat tulis dan replika kereta Peugeot.

Antara barangan terhad dan eksklusif Peugeot yang menawarkan promosi Hari Raya di butik Peugeot, Kiarong.
Antara barangan terhad dan eksklusif Peugeot yang menawarkan promosi Hari Raya di butik Peugeot, Kiarong.

ARTIKEL YANG SAMA