Promosi hari raya Trendnet

Promosi hari raya Trendnet

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai – Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Netcom Computer House menawarkan promosi bagi produk Trendnet bermula hari ini hingga 7 Ogos.

Sepanjang promosi selama dua minggu itu, setiap pembelian model-model tertentu termasuk AC Router, Range Extender, Baby Wireless Camera, Powerline, USB Wifi Adapter dan Network Switch Hub, akan menerima baucar tunai Netcom.

Menurut kenyataan Netcom, salah satu jualan AC Router yang laris adalah Trendnet TEW-810DR AC750 Dual Band Wireless Router, yang didatangkan dengan frekuensi 2.4Ghz dan 5Ghz, empat port Ethernet, kod tersedia bagi sekuriti, mewujudkan rangkaian pengguna luar terasing, dan sambungan rangkaian satu sentuhan dengan punat wps.

Promosi ini akan tersedia di enam cawangan Netcom di seluruh negara iaitu di Kiulap, The Mall, Times Square, Mulaut, Tutong dan Kuala Belait.

Kakitangan Netcom menunjukkan produk Trendnet yang ditawarkan dalam promosi itu.
Kakitangan Netcom menunjukkan produk Trendnet yang ditawarkan dalam promosi itu.

ARTIKEL YANG SAMA