Promosi Hari Tentera Netcom

Promosi Hari Tentera Netcom

Oleh Imelda Farrah Zohre HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Netcom Computer House turut tidak ketinggalan dalam sama-sama memeriahkan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-54, dengan mengadakan Promosi Hari Tentera bagi model terpilih Dell Notebook dan Desktop.

Salah satu model menarik adalah Dell Inspiron 13 700 (7348) Notebook yang didatangkan dengan pemproses i7 Generasi ke-5 yang terkini, di samping paparan sesentuh IPS &HD WLED, RAM DDR3L 8GB dan storan HDD Hibrid 500GB dengan Flash 8GB.

Setiap pembelian model ini akan mendapat McAfee Security Centre selama 15 bulan dan Dell Energy Backpack secara percuma.

Selain itu, pelanggan juga akan menerima tiga hadiah percuma bernilai $59 yang terdiri daripada tetikus tanpa wayar Dell WM123, Kingston 8GB DTIG4 USB3.0 Pendrive dan Notebook Sleeve Case.

Antara barangan terpilih dalam promosi seminggu itu.
Antara barangan terpilih dalam promosi seminggu itu.

Turut ditawarkan dalam promosi ini adalah Trendent TEW-722BRM N300 Wireless ADSL 2+ Modem Router (sesuai bagi e-Speed), HDD Mudah Alih berkapasiti 1TB dengan saiz 1.5 inci, Prolink WNR1012 4G Wireless-N Router 300Mbps, Razer Taipan Gaming Mouse (Putih), Kingston 16GB Micro SD Card (Class 10/SDHC) dan banyak lagi.

Promosi telah bermula 27 Mei lalu dan akan berjalan hingga 3 Jun di cawangan-cawangan Netcom di Kiulap, The Mall, Times Square, Mulaut, Tutong dan Kuala Belait.

ARTIKEL YANG SAMA