Promosi hebat Concepts Computer

Promosi hebat Concepts Computer

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Bagi mereka yang memerlukan kaedah yang mudah untuk mencaj peranti-peranti mudah alih mereka ketika berada di luar, kini mereka boleh mendapatkan promosi pek kuasa American Power Conversion (APC) iaitu pek kuasa APC M5 5000 mAH atau pek kuasa APC M10 10,000 mAH semasa Promosi APC yang berlangsung di Concepts Computer, Kiulap.

Dengan promosi istimewa itu, orang ramai boleh mendapatkan pek kuasa APC dengan harga yang menarik serta akan menerima kabel percuma yang membolehkan mereka mencaj peranti pintar android atau IOS mereka.

APC menghasilkan pek-pek kuasanya dengan bahan-bahan yang berkualiti di mana bukan sahaja ia mudah untuk dibawa ke mana sahaja tetapi ia juga mempunyai ciri keselamatan bagi unit berkenaan.

Menurut Eksekutif Pemasaran Concepts Computer, Zul Abdul Rahman, pek-pek kuasa mudah alih itu merupakan salah satu usaha Concepts untuk memperkenalkan penyelesaian yang pintar dan mudah bagi pengguna masa kini.

Zul (kiri) dan Ryan menunjukkan pek-pek kuasa APC dan kabel percuma yang ditawarkan semasa Promosi APC yang berlangsung di Concepts Computer, Kiulap.
Zul (kiri) dan Ryan menunjukkan pek-pek kuasa APC dan kabel percuma yang ditawarkan semasa Promosi APC yang berlangsung di Concepts Computer, Kiulap.
Pek kuasa APC M5 dan APC M10 yang kini boleh didapatkan di Concepts Computer dengan kabel percuma.
Pek kuasa APC M5 dan APC M10 yang kini boleh didapatkan di Concepts Computer dengan kabel percuma.

Di samping itu juga, APC telah memilih Concepts Computer sebagai penerima anugerah pencapaian terbaik bagi 2014-2015 menerusi usahanya untuk mempromosikan produk-produk APC ke dalam pasaran Brunei.

Dalam hubungan itu, Eksekutif Jualan dan pegawai yang menyelia produk-produk APC di Concepts Computer, Ryan Liew telah berpeluang untuk berkunjung ke Taiwan bagi menyertai APC Partner Incentive Trip dari 12 hingga 16 Jun lalu.