Promosi Iconia Tab 8W di Concepts Computer

Promosi Iconia Tab 8W di Concepts Computer

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Concepts Computer telah melancarkan promosi baru untuk guru-guru, pelajar dan ahli mereka, yang mana mereka akan mendapat harga istimewa bagi produk Acer Iconia Tab 8W.

Iconia Tab 8W mempunyai spesifikasi terbaik untuk membuat kerja dan bermain dengan sistem operasi Windows 8.1.

Peranti berukuran 8 inci ini menampilkan paparan HD (1280×800 piksel) dan dikuasakan dengan pemproses empat teras Intel Atom yang membolehkan pengguna membuat pelbagai tugas sama ada bermain permainan video, menonton video atau melayari Internet dengan tanpa masalah.

Di samping itu, pelanggan juga akan mendapat perisian Office 365 terbaru daripada Microsoft selama setahun.

ACER Iconia Tab 8W menampilkan spesifikasi terbaik untuk bekerja dan bermain menggunakan sistem operasi Windows 8.1.
ACER Iconia Tab 8W menampilkan spesifikasi terbaik untuk bekerja dan bermain menggunakan sistem operasi Windows 8.1.

Eksekutif Pemasaran Concepts Computer, Awang Zul Abdul Rahman memberitahu jangka hayat bateri adalah sangat penting bagi pengguna IT pada masa ini terutamanya yang kerap bergerak, oleh itu, mereka gembira kerana Acer telah membuat langkah baik dengan memperkenalkan Iconia Tab 8W yang menggunakan RAM voltage rendah dan pemproses Intel Atom.

Pelanggan yang berminat hanya perlu menunjukkan bukti sebagai seorang guru atau pelajar dengan menggunakan surat perlantikan sekolah atau kad laporan terkini.

Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh menghubungi 2233551, 2233552 atau 2233553 atau mengunjungi Bilik Pameran Concepts Computer.

ARTIKEL YANG SAMA