Promosi istimewa daripada Indera Motors

Promosi istimewa daripada Indera Motors

Oleh James Kon

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 April – Pengedar tunggal kereta mewah, Indera Motors Sdn Bhd telah mengadakan promosi istimewanya di Lambak Kanan semalam bermula dari 9 pagi sehingga 9 malam.

Promosi yang menawarkan diskaun 15 hingga 25 peratus bagi mereka yang membeli pelbagai model Jaguar atau Land Rover itu menerima respons yang menggalakkan daripada orang ramai.

Model-model kereta mewah jenama Jaguar yang dipamerkan termasuklah Jaguar XE, XF, XJ dan F-Type manakala Land Rover pula dibarisi Land Rover Discovery, Discovery Sport, Evoque dan Range Rover.

Selain diskaun, tawaran istimewa lain turut melibatkan pakej perkhidmatan percuma bergantung pada model dan bahan api percuma selama setahun.

pg10_160418_b

Warga Indera Motors Sdn Bhd pada promosi istimewa itu.
Warga Indera Motors Sdn Bhd pada promosi istimewa itu.

Para pelanggan juga berpeluang menguji pandu kenderaan yang disediakan di khemah luar bilik pameran.

Menurut Pengurus Eksekutif Kanan Indera Motors, Noormala Othman, promosi itu adalah sebahagian daripada inisiatif global bagi Jaguar dan Land Rover.

“Respons diterima amat menggalakkan. Sebahagian pelanggan yang membuat uji pandu beberapa bulan lalu, kembali untuk membeli kenderaan tersebut kerana diskaun hebat yang ditawarkan,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA