Promosi istimewa GHK Motors

Promosi istimewa GHK Motors

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Sempena dengan Pesta Kerjaya Universiti Brunei Darussalam (UBD), Goh Hock Kee (GHK) Motors mengadakan jerayawara jenama Mitsubishi, Daihatsu dan Chevrolet di luar Dewan Canselor, UBD selama tiga hari bermula hari ini.

Sepanjang jerayawara tersebut, dari jam 9 pagi hingga 5 petang para mahasiswa atau pensyarah yang membuat pembelian mana-mana model dipamerkan, akan menerima baucar membeli-belah bernilai $500 dan komputer riba secara percuma.

Menurut GHK Motors, jerayawara tersebut bertujuan memberi hadiah tambahan dalam pembelian kereta pilihan mereka, selain sebagai sokongan dan dokongan kepada mahasiswa-mahasiswi tempatan sebagai peneraju negara di masa hadapan.

Model-model kereta Chevrolet, Mitsubishi dan Daihatsu yang dipamerkan di UBD sempena Pesta Kerjaya UBD.
Model-model kereta Chevrolet, Mitsubishi dan Daihatsu yang dipamerkan di UBD sempena Pesta Kerjaya UBD.

Sementara itu, Chevrolet Brunei melancarkan promosi ‘The GR8 Chevrolet Deals’ pada kesemua model Chevrolet bermula hari ini hingga 31 Ogos nanti.

Semasa promosi, pelanggan boleh menikmati bayaran bulanan ansuran secara percuma termasuk perkhidmatan penyelenggaraan secara percuma. Pelanggan juga boleh memilih sama ada memilih daripada promosi tersebut atau baucar membeli-belah bernilai $2,000.

Orang ramai yang berminat mengetahui lebih lanjut berhubung tawaran-tawaran tersebut boleh mengunjungi Bilik Pameran Chevrolet, di Perindustrian Beribi, Gadong.

ARTIKEL YANG SAMA