Promosi istimewa model Chevrolet

Promosi istimewa model Chevrolet

Oleh Pg Fairol RMF & Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Julai – Pengedar tunggal Chevrolet, GHK Sdn Bhd melancarkan promosi jualan istimewa bagi model-model tujuh tempat duduknya, Captiva dan Orlando bermula hari ini hingga 31 Julai ini.

Dalam tempoh promosi itu, pelanggan boleh menikmati pembayaran ansuran tiga bulan percuma termasuk empat kali perkhidmatan servis percuma atau memilih diskaun harga $2,000.

Selain promosi ini, GHK juga mengadakan promosi Chevrolet Sepanjang Raya yang menghadiahkan pelanggan dengan baucar membeli-belah sebagai tanda penghargaan sokongan mereka selama ini.

Bagi pembelian model Captiva dan Orlando, pelanggan boleh menikmati pilihan sama ada bayaran ansuran percuma selama tiga bulan termasuk empat kali servis percuma atau diskaun sehingga $2,000.
Bagi pembelian model Captiva dan Orlando, pelanggan boleh menikmati pilihan sama ada bayaran ansuran percuma selama tiga bulan termasuk empat kali servis percuma atau diskaun sehingga $2,000.

pg08_160723_b

Pelanggan juga berpeluang mendapat pemasangan bagi tempat duduk kulit percuma Chevrolet Captiva yang didatangkan dengan sensor undur dan alat langkah sisi (side steps) bernilai lebih $1,500.

Pelanggan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi ini dan menguji pandu, bolehlah mengunjungi bilik pameran Chevrolet di Sumbangsih Bahagia pada jam 8 pagi hingga 5 petang waktu pejabat dan 8 pagi hingga 4 petang pada hari Sabtu. Orang ramai juga boleh melayari laman sesawangnya, www.ghkmotors.com.