Promosi istimewa sempena Israk Mikraj

Promosi istimewa sempena Israk Mikraj

KUALA BELAIT, 3 Mei – Sempena cuti Israk Mikraj, Hotel Garden Sentral mengadakan promosi bagi penginapan antara 5-8 Mei yang turut menampilkan diskaun istimewa dari kedai-kedai yang terdapat di Kompleks Membeli-belah KBSentral.

Promosi penginapan termasuk bufet sarapan untuk dua orang dewasa bernilai $98 untuk bilik superior itu juga menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti kolam renang, gim, tempat letak kereta percuma. Manakala bagi kemudahan membeli-belah dan berhibur turut boleh didapati di bawah satu bumbung.

Selain itu, Hotel Garden Sentral turut menawarkan penginapan jangka pendek dan jangka panjang di Service Hotel Apartmennya bagi percutian keluarga yang menawarkan reka bentuk moden, lengkap dengan dapur, dobi, ruang makan dan ruang tamu. Ia juga dilengkapi dengan set televisyen LED HD dan internet berkelajuan tinggi.

ARTIKEL YANG SAMA