Promosi istimewa sempena ulang tahun ABDB

Promosi istimewa sempena ulang tahun ABDB

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Bersempena Sambutan Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke-54 tahun, Anjung Saujana dan Restoran Seasons menawarkan promosi istimewa pada 31 Mei dan 1 Jun ini.

Anjung Saujana menawarkan bufet tengah hari dan minum petang pada 31 Mei bermula pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.

Sementara itu, di Restoran Seasons pula bufet makan tengah hari akan diadakan selama dua hari pada 31 Mei dan 1 Jun bermula 12 tengah hari sehingga 2 Petang, dan minum petang bermula 2.30 hingga 5.30 petang.

Kedua-dua restoran ini membukakan tempahan kepada pelanggan dan akan menawarkan potongan harga kepada pemegang kad yang terpilih.