Promosi Jaguar dan Land Rover di Times Square

Promosi Jaguar dan Land Rover di Times Square

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Indera Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal kereta Jaguar dan Land Rover di Brunei hari ini melancarkan promosi Hari Raya di Pusat Membeli-belah Times Square, Berakas yang berlangsung hingga Ahad ini.

Dengan menampilkan pelbagai kenderaan daripada siri Jaguar dan juga Land Rover, jerayawara berkenaan menyaksikan kemunculan kosmopolitan Jaguar XE, Jaguar XF dan juga Jaguar XJ yang mewah, manakala Land Rover mempamerkan Land Rover Discovery Sport, Range Rover Evoque dan Range Rover Sport.

Jerayawara tiga hari itu diadakan bagi memberi peluang kepada pelanggan melihat lebih dekat dengan kereta-kereta Jaguar dan Land Rover.

Antara kereta Jaguar yang dipamerkan semasa jerayawara berkenaan.
Antara kereta Jaguar yang dipamerkan semasa jerayawara berkenaan.

Sempena promosi Hari Raya tersebut, pelanggan boleh mengharapkan tawaran yang terbaik daripada jenama premium tersebut kerana semua Jaguar dan Land Rover model datang dengan perkhidmatan percuma selama lima tahun yang juga termasuk lima tahun bantuan di jalanan (roadside assistance), kata Pengurus Kanan Eksekutif Indera Motors Sdn Bhd, Noormala Othman.

Antara unit yang ditawarkan termasuk Jaguar XE yang dilengkapi dengan 2.0 liter, enjin 4- silinder sebaris.