Promosi Kombo Hotel Garden Sentral

Promosi Kombo Hotel Garden Sentral

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Hotel Garden Sentral Kuala Belait mengumumkan bahawa Promosi Kombonya kini kembali lagi bermula hari ini (18 Ogos 2016) hingga 4 September.

Menerusi promosi berkenaan, pihak hotel menawarkan bilik superior dengan harganya akan termasuk sarapan pagi untuk dua orang, dua set Bento dari Sushi Tei dan dua tiket menonton wayang, menurut kenyataan yang dikeluarkannya, hari ini.

Di samping itu, diskaun istimewa turut ditawarkan di All Seasons, Beesket, Pastamania, SugarBun, Sushi Tei dan Waroeng Penyet yang terletak dalam satu bangunan dengan hotel berkenaan.

Hotel berkenaan mempunyai kemudahan-kemudahan termasuk pasar raya, pelbagai cawangan restoran dan kedai makan, tempat permainan kanak-kanak, panggung wayang, arked, kolam renang, gimnasium, tempat letak kereta, balkoni terbuka, patio taman dan sebagainya, semua di bawah satu bumbung.

ARTIKEL YANG SAMA