Promosi kuih bulan di Emperor’s Court

Promosi kuih bulan di Emperor’s Court

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Bersempena dengan Pesta Pertengahan Musim Luruh, Emperor’s Court kini menawarkan promosi kuih bulan bermula dari 6 Ogos hingga 15 September ini.

Pelanggan boleh mendapatkan pelbagai jenis kuih bulan mengikut kemahuan masing-masing daripada inti pes bunga teratai, pes pandan, pes enam bijirin kasar dan pes kacang merah menggunakan ‘baked skin.’

Emperor’s Court juga menyediakan kuih bulan berkulit kristal dengan pes bunga teratai, pes mangga, pes keladi, pes tembikai susu dan pes pandan.

Jika itu tidak mencukupi, pelanggan juga boleh menempah kuih bulan dalam bentuk mini, dengan lapan jenis mini kristal atau ‘baked skin’ disediakan dalam satu kotak.

Kuih bulan kini boleh didapati di Emperor’s Court sempena dengan Pesta Pertengahan Musim Luruh bermula 6 Ogos.
Kuih bulan kini boleh didapati di Emperor’s Court sempena dengan Pesta Pertengahan Musim Luruh bermula 6 Ogos.

ARTIKEL YANG SAMA