Promosi Lamb Shank di Brunei Hotel

Promosi Lamb Shank di Brunei Hotel

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Bermula 26 November sehingga 31 Disember ini, Brunei Hotel akan menampilkan Promosi Lamb Shank hasil kreativiti kumpulan dapurnya yang diketuai Cef Dian Indria.

Kelainan pada Lamb Shank yang dihasilkan dalam promosi kali ini adalah daripada aspek penyediaan sos berbanding sos kulat atau sos lada hitam yang sering digunakan setiap kali menyediakannya.

Antara pilihan sos yang ditampilkan dalam promosi ini termasuk sos BBQ, sos tomato, sos salsa oriental, sos kari dan sos cuka epal dengan setiap hidangan akan disertakan bersama salad kentang waldorf.

Lebih menarik dalam promosi ini adalah, pelanggan akan mendapat satu set pilihan secara percuma bagi setiap dua set belian Lamb Shank namun ia hanya bagi mereka yang makan di restoran hotel berkenaan sahaja.

Mereka yang berminat boleh datang ke restoran hotel berkenaan bermula jam 10:30 pagi sehingga 9:30 malam bagi merasai sendiri keunikan Lamb Shank yang ditawarkan bagi bulan terakhir tahun 2015 ini.

Hidangan Lamb Shank yang menyelerakan di Brunei Hotel.
Hidangan Lamb Shank yang menyelerakan di Brunei Hotel.

Ketika ditemui, Pemangku Penolong Pengurus Jualan Katering dan acara hotel berkenaan, Allan YangYang Diaz memberitahu, pelanggan juga boleh memesan Lamb Shank yang biasa sama ada dengan sos kulat atau sos lada hitam.

Ditanya mengenai promosi sebelum ini, beliau berkata promosi HPHP atau Half Portion Half Price masih diteruskan sejak awal November dan menurutnya promosi berkenaan mendapat sambutan hangat pelanggan wanita yang suka akan kuantiti yang lebih sedikit berbanding lelaki.

Mengulas mengenai Lamb Shank pula, katanya kumpulan dapur Brunei Hotel mendapatkan daging kambing yang berkualiti dari Australia sebelum diperap menggunakan ramuan yang disahkan Brunei Halal.

ARTIKEL YANG SAMA