Promosi masak...

Promosi masakan tradisi Thailand

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Hotel Radisson Brunei Darussalam menjemput dua orang cef dari Thailand bagi menghidangkan masakan tradisional dan asli Thailand sepanjang promosi di Tasek Brasserie bermula 27 April hingga 6 Mei depan.

Kedua-dua cef berkenaan, Cef Nawachol Thueakjunta dan Cef Khun Somboon Temtananurak adalah daripada Radisson Blu Plaza Bangkok.

Hidangan yang akan dihidangkan termasuk Tom Yam Goong (Sup Hot & Sour Thai) yang terkenal, Miang kham (dibalut snek daun), Som Tum (salad papaya hijau), Phad Thai (bihun goreng yang dikacau), Larb Ped (salad itik Thai), Phad Cha Nua Pla (salad daging lembu pedas Thai), Pao Pia Sod (gulungan segar Thai), Goong Priew Wan (masak masam manis ditumis dengan udang) dan banyak lagi.

Cef Nawachol Thueakjunta dan Cef Khun Somboon Temtananurak yang akan berada di Tasek Brasserie, Hotel Radisson Brunei Darussalam bagi menghidangkan masakan tradisional dan asli Thai.
Cef Nawachol Thueakjunta dan Cef Khun Somboon Temtananurak yang akan berada di Tasek Brasserie, Hotel Radisson Brunei Darussalam bagi menghidangkan masakan tradisional dan asli Thai.

Semasa promosi makanan Thailand berkenaan, Tasek Brasserie akan dihias dengan aksesori Thailand termasuk hiasan orkid di atas meja, latar belakang muzik Thailand dan para kakitangan di restoran berkenaan akan memakai pakaian tradisi negara berkenaan sambil menyambut tetamu-tetamu yang datang dalam bahasa Thai dengan budi bahasa tradisional Thai.

ARTIKEL YANG SAMA