Promosi menarik bagi pemegang kad Baiduri

Promosi menarik bagi pemegang kad Baiduri

Bandar Seri Begawan, 16 Jun – Pemegang kad Baiduri berpeluang mendapatkan hadiah-hadiah menarik apabila berbelanja di Pasar Raya Hua Ho menerusi promosi Hari Raya Shopping Treats bagi tiga kali hujung minggu (Jumaat hingga Ahad), bermula esok.

Apabila pelanggan membayar menggunakan kad kredit atau debit Baiduri dan menunjukkan kad Hua Ho H2, mereka juga akan dapat membuat cabutan segera bagi setiap perbelanjaan $50 ke atas, menurut kenyataan yang dikeluarkan Bank Baiduri, hari ini.

Dengan perbelanjaan minimum $50 dan maksimum $500 pada satu resit, pemegang kad Baiduri boleh membuat sehingga 10 kali cabutan segera dan berpeluang memegang baucar membeli-belah Hua Ho H2 bernilai $200, $100, $50, $20, $10 atau $5 setiap satu.

Promosi ini akan berlangsung setiap hujung minggu sehingga sebelum Hari Raya Aidilfitri iaitu esok hingga 19 Jun, 24 hingga 26 Jun, dan 1 hingga 3 Julai di Hua Ho Kiulap, Delima, Gadong 2, Mulaut dan Tutong.

Ketua Perbankan Runcit dan Rangkaian Cawangan Bank Baiduri, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapha dipetik sebagai berkata, “Bank Baiduri mempunyai hubungan berpanjangan dengan Pasar Raya Hua Ho dan telah menjalankan pelbagai promosi dengan objektif utama membantu pelanggan berjimat.

“Dengan memberi ganjaran kepada pelanggan dengan baucar-baucar membeli-belah Hua Ho, kami memastikan bahawa objektif membantu pelanggan dicapai, terutamanya dalam persediaan bagi perayaan Hari Raya bakal menjelang,” tambah beliau.

ARTIKEL YANG SAMA