Promosi menarik BMW

Promosi menarik BMW

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-20, QAF Auto Sdn Bhd telah mengumumkan promosi eksklusif akhir tahun.

Dengan promosi berkenaan, pelanggan yang membeli kereta BMW akan menikmati BMW Service Plus Repair Inclusive (BS+RI) secara percuma selama lima tahun.

Dalam sidang media semalam, Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Siva Kumar Krishnan menjelaskan, dengan slogan ‘Your Satisfaction, Our Commitment’, selama lima tahun dari mula membeli kereta, syarikat mereka akan memberi perkhidmatan penyelenggaraan sepenuhnya secara percuma mengikut jadual pelanggan masing-masing.

Ini bermakna, pelanggan hanya perlu membawa kereta mereka ke QAF Auto dan membawanya balik tanpa membayar khidmat penyelenggaraan.

“Setentunya kesemua ini untuk memberi kepuasan kepada pelanggan setia kami,” tambahnya.

(Kiri ke kanan) Pengurus Perkhidmatan BMW, Ishak bin Haji Abang, Andy Tian dan Siva Kumar Krishnan semasa sidang media itu.
(Kiri ke kanan) Pengurus Perkhidmatan BMW, Ishak bin Haji Abang, Andy Tian dan Siva Kumar Krishnan semasa sidang media itu.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa sempena ulang tahun itu juga, pelbagai acara akan dijalankan tahun depan seperti BMW Performance Driving di Brunei, BMW Driving Experience di Korea dan jerayawara serta promosi baru.

Sementara itu, Ketua Jualan dan Pemasaran BMW, Andy Tian pula menambah, salah satu acara utama adalah Hari Penghargaan Pelanggan yang telah berlangsung hari ini di Bilik Pameran BMW.

Beliau turut memberitahu, jika membeli kereta BMW sebelum akhir Disember ini, pelanggan akan menerima tiket pergi balik untuk dua orang termasuk tempat penginapan sama ada ke Melbourne, London atau Munich tertakluk pada model yang dibeli.

Pelanggan yang membeli kereta BMW juga secara automatik layak mengikuti cabutan bertuah untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa berupa Macbook Pro, iPhone 7, iPad Pro, baucar membeli-belah bernilai $500 atau baucar BMW Lifestyle bernilai $500 dan baucar cenderamata BMW.

ARTIKEL YANG SAMA