Promosi menarik di Anjung Saujana

Promosi menarik di Anjung Saujana

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Restoran Anjung Saujana kini menawarkan pelbagai promosi menarik sepanjang bulan ini di restoran mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, di sini.

Bermula pada 10 Oktober sehingga 31 Oktober ini para pelanggan boleh menikmati promosi ‘Soto Kitani’ yang boleh didapati bermula pada jam 11 pagi sehingga 9 malam.

Di samping itu juga, restoran tersebut turut menampilkan bufet makan malam ‘Around The World’ setiap hari Khamis dan Sabtu, bermula pada jam 6:30 petang sehingga 9 malam di mana bufet ini menawarkan pelbagai hidangan antarabangsa.

Salah seorang cef menyediakan hidangan Ambuyat.
Salah seorang cef menyediakan hidangan Ambuyat.

Manakala, hidangan bufet ‘Ambuyat Mini Lunch’ juga bermula pada 10 Oktober ini pada setiap hari Isnin sehingga Khamis bermula pada jam 11:30 pagi sehingga 2 petang dan antara hidangan yang disediakan ialah seperti Kerabu Mangga Muda, Ambuyat dengan pelbagai hidangan sampingan seperti Ikan Liking, Pais Daging, Ayam Goreng Berempah dan Sayur Umbut Masak Lemak.

Dalam pada itu, para pemegang kad RBC Dining Privilege juga akan menerima potongan diskaun 10 peratus apabila menunjukkan kad keahlian mereka.

Restoran Anjung Saujana turut menawarkan bufet sarapan yang boleh didapati setiap hari Isnin sehingga Khamis pada jam 7 pagi sehingga 10:30 pagi yang menawarkan pelbagai hidangan yang lazat.

ARTIKEL YANG SAMA