Promosi menjelang ulang tahun Marrybrown

Promosi menjelang ulang tahun Marrybrown

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Okt – Bersempena ulang tahunnya yang pertama pada 27 Disember ini, Marrybrown Brunei akan mengadakan beberapa promosi hebat dan aktiviti-aktiviti menarik sehingga menjelangnya acara kemuncak sambutan itu nanti.

Bagi minggu ini, bermula kelmarin hingga 31 Oktober, pelbagai promosi menarik ditawarkan, yang mana hari ini, ‘Tower Burger’ percuma diberikan kepada pelanggan yang lahir pada bulan Oktober. Sementara itu, esok, pelanggan yang lahir pada 27 Oktober akan mendapat Nasi Ayam Marrybrown secara percuma.

Pada 28 Oktober pula, mana-mana pelanggan yang berkunjung ke Marrybrown dan memakai pakaian berwarna merah akan dapat menebus satu cawan minuman Pepsi dan pada 29 Oktober pula, pelanggan boleh mendapatkan Jelly Ais Krim pada harga $1 sahaja.

Manakala pada 30 Oktober, Marrybrown akan mengadakan pertandingan mewarna, dan mana-mana pelanggan yang membeli hidangan utama Marrybrown pada 31 Oktober akan diberikan Burger Ayam secara percuma.

Bagi para pelanggan yang berminat, bolehlah berkunjung ke Marrybrown, Gadong, ketika waktu beroperasi.