Promosi Mitsubishi

Promosi Mitsubishi

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Pengedar tunggal Mitsubishi, Goh Hock Kee Motors (GHK) menawarkan promosi istimewa bagi kereta pacuan empat roda yang diberi nama ‘Pengalaman 4×4 Mitsubishi’ bermula 1 hingga 31 Ogos ini.

Bagi pelanggan yang membeli sebarang kereta pacuan empat roda Mitsubishi antaranya Mitsubishi Pajero GLS, Pajero Sport dan L200 akan dikecualikan pembayaran selama empat bulan dan menerima baucar minyak bernilai $400.

Menurut Eksekutif Pemasaran bagi Mitsubishi GHK, Dayang Nur’izzah Nazihah binti Kamsani, model-model Mitsubishi antaranya Pajero Sport dilengkapi dengan teknologi terkini seperti skrin sesentuh dengan pemain CD, soket USB, Bluetooth, penyaman udara Auto Dual, dan butang enjin Auto/Start.

Pajero Sport juga dikuasakan oleh enjin 2.4L MIVEC turbo diesel dengan transmisi automatik lapan kelajuan, prestasi bahan api dipertingkatkan untuk mengurangkan penggunaan bahan api, selain mempunyai Super-Select 4WD-II dan kawalan penurunan bukit.

Pajero Sport dikuasakan dengan enjin 2.4L MIVEC turbo diesel, dilengkapi sistem teknologi dan keselamatan canggih.
Pajero Sport dikuasakan dengan enjin 2.4L MIVEC turbo diesel, dilengkapi sistem teknologi dan keselamatan canggih.

Menurutnya lagi, “Pajero Sports ini turut mempunyai sistem keselamatan canggih, termasuk tujuh beg udara, sistem pengesan titik buta, Hill Start Assist, ABS, EBD, kamera undur dan sensor serta paling menonjol ialah struktur rangka di bawah Reinforced Impact Safety Evolution (RISE) yang menyaksikan ia menerima beberapa anugerah di luar negara pada tahun lalu.”

Manakala bagi Mitsubishi L200 serba baru pula merupakan kereta utiliti sport yang menarik, dengan enjin 2.5 liter diesel. Ia seakan-akan sama seperti Pajero Sport, namun pengubahsuaian daripada segi suspensi kereta membuatkannya lebih stabil dan selesa dengan transmisi lima kelajuan manual serta pilihan pacuan empat roda atau pemanduan dua roda.

Ia turut dilengkapi dengan kemudahan teknologi skrin Sesentuh, kawalan di stereng, Bluetooth dan lampu LED.

ARTIKEL YANG SAMA