Promosi Mitsubishi bulan ini

Promosi Mitsubishi bulan ini

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Ogos – Dengan setiap pembelian kereta Mitsubishi Galant Sportback sepanjang bulan ini (1 hingga 31 Ogos), Syarikat Goh Hock Kee (GHK) Motors Sdn Bhd akan memberikan baucar membeli-belah Hua Ho bernilai $2,000.

Pengurus Besar Mitsubishi, Au Thien Kiong, semasa sidang media pagi tadi menjelaskan, tawaran di bawah Promosi ‘Mitsubishi Istimewa bulan Ogos’ ini adalah sebagai tawaran terbaru untuk pelanggan GHK mendapatkan faedah istimewa pada bulan ini.

Menurut beliau lagi, Mitsubishi Galant telah berada di pasaran Brunei sejak 15 tahun lalu dan telah berjaya terjual sebanyak 10,000 buah unit.

Kali ini, tambah beliau, Mitsubishi Galant menampilkan sebuah kereta hatchback dengan gaya sportif iaitu Mitsubishi Galant Sportback.

Eksekutif Pemasaran Mitsubishi, GHK Motors, Dayang Nur’izzah Nazihah binti Haji Kamsani turut menjelaskan beberapa ciri dan fungsi model berkenaan yang menurutnya dilengkapi dengan tayar aloi 18 inci dengan rekaan gril depan, side skirt, spoiler belakang mengikut gaya konsep gaya ‘Ralliart’.

Dengan pembelian Mitsubishi Galant Sportback, pelanggan akan menerima baucar membeli-belah Hua Ho bernilai B$2,000.
Dengan pembelian Mitsubishi Galant Sportback, pelanggan akan menerima baucar membeli-belah Hua Ho bernilai B$2,000.
Dayang Nur’izzah Nazihah dan Au Thien Kiong semasa sidang media kelmarin menjelaskan mengenai promosi istimewa bulan ogos.
Dayang Nur’izzah Nazihah dan Au Thien Kiong semasa sidang media kelmarin menjelaskan mengenai promosi istimewa bulan ogos.

Selain itu, pelanggan yang membeli kereta ini akan menerima kamera undur, Bluetooth dengan audio, penghawa dingin dengan pengawal cuaca, kunci pintar (smart key), sensor pengelap hujan dan skrin sentuh berwarna berukuran 6.1 inci.

“Model ini dilengkapi dengan enjin MIVEC 2.4 liter, transmisi CVT dengan stereng anjakan roda dayung (Steering wheel paddle shifts). Galant terbaru ini mampu menghambur kuasa sehingga 168 kuasa kuda (125kW) dan kekuatan kuasa tork 226Nm kuasa, menjadikannya salah sebuah kereta terbaik tanpa kelengkapan turbo,” tambah beliau.

Dari segi keselamatan, jelas beliau lagi, Mitsubishi memperkenalkan rangka Reinforced Impact Safety Evolution (RISE) yang memberikan keselamatan kabin yang lebih kuat jika berlaku kemalangan.

Ciri-ciri keselamatan lainnya termasuk pengawal kestabilan kereta, Active Traction Control System, sistem brek antikunci, tali pinggang keledar dengan tempat duduk khas kanak-kanak dua pin Isofix di tempat duduk belakang.

“Kesemua ini menjadikan kereta ini dianugerahkan lima bintang ANCAP,” ujar beliau lagi.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan keluaran kereta tersebut di Bilik Pameran Mitsubishi, GHK Sdn Bhd, Beribi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi ini.

ARTIKEL YANG SAMA