Promosi Mitsubishi di Jerayawara Berlari, Beli dan Menang

Promosi Mitsubishi di Jerayawara Berlari, Beli dan Menang

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Sept – GHK Motors Sdn Bhd semalam mempamerkan model-model terkini Mitsubishi dalam Jerayawara ‘Berlari, Beli dan Menang’ di Larian Amal Majalah Plus+ sempena Hari Jantung Sedunia di Jerudong Park Amphitheatre.

Model-model yang dipamerkan termasuklah Mitsubishi L200, Mirage, Outlander, Pajero Sport, Lancer dan Galant.

Jerayawara itu juga bertujuan untuk menyokong larian amal tempatan bagi penyakit jantung dan barah yang disertai lebih 1,200 orang peserta di samping memperluaskan jenama kereta di bawah Syarikat GHK dan penglibatan orang ramai dalam acara-acara seperti itu.

GHK yang menampilkan Mitsubishi selaku model kereta rasmi acara tersebut, turut mengadakan promosi bagi pembelian Mitsubishi Galant dengan ansuran percuma selama empat bulan, manakala kadar faedah serendah 3.5 peratus bagi model-model lain seperti Mitsubishi Attrage atau Mirage yang pembayarannya hanya $255 sebulan, baucar minyak bernilai $100 dan peluang memenangi hadiah cabutan bertuah bulanan berupa baucar wang tunai.

Antara model Mitsubishi yang dipamerkan semasa Jerayawara ‘Berlari, Beli dan Menang’ sempena Larian Amal Majalah Plus+ di Jerudong Park Amphitheatre, kelmarin.
Antara model Mitsubishi yang dipamerkan semasa Jerayawara ‘Berlari, Beli dan Menang’ sempena Larian Amal Majalah Plus+ di Jerudong Park Amphitheatre, kelmarin.