Promosi pelaburan Standard Chartered

Promosi pelaburan Standard Chartered

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Standard Chartered kini menawarkan peluang ganjaran tiket penerbangan kepada pelanggan yang melabur buat pertama kali melalui produk ‘Standard Chartered Unit Trust atau Bond’ bermula dari sekarang hingga 30 September tahun ini.

Promosi ini akan menghadiahkan para pelanggan dengan tiket penerbangan bermula dengan pelaburan minimum bernilai BND20,000 dan ke atas.

Pelanggan yang masih baru dalam pelaburan pada Unit Trust dan Bond di Standard Chartered akan layak untuk ganjaran tersebut.

Ganjaran tersebut adalah: bagi yang melanggan produk Unit Trust yang melabur $20,000 – $49,000 akan mendapat penerbangan percuma ke Kota Kinabalu, pelaburan $50,000 – $99,999 penerbangan ke Hong Kong, pelaburan $100,000 dan ke atas ke Tokyo.

pg18_150729_a

Sementara bagi produk Bond, pelaburan $100,000 – $249,999 akan mendapat penerbangan ke Kuala Lumpur dan pelaburan $250,000 dan ke atas akan menerima tiket ke Melbourne.

Pemangku Ketua Pengurusan Harta, Tan Chee Hau berkata: “Dengan pelbagai produk pelaburan Standard Chartered dam khidmat nasihat lengkap, kami begitu lengkap untuk membantu pelanggan kami untuk mengembangkan harta mereka untuk mencapai hasrat kewangan mereka.

“Pelaburan adalah peluang baik untuk pelanggan yang melihat untuk mengembangkan harta mereka dan pada waktu yang sama memahami selera risiko mereka melalui profil pelaburan pelanggan kami.”

Bank Standard Chartered menawarkan lebih dari 100 unit produk amanah untuk dipilih bermula dari jumlah pelaburan rendah $1,000 dan ke atas. Ia juga merupakan satu-satunya bank yang menawarkan produk-produk Bond di pasaran tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA