Promosi produk Australia di Supa Save

Promosi produk Australia di Supa Save

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Dalam usaha mempromosikan produk makanan dan minuman Australia, Pasar raya Supa Save telah mengadakan Pesta Produk Australia di seluruh cawangannya.

Pesta itu dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam yang juga Konsul dan Setiausaha Kedua, Selina Cho. Menurut Selina Cho ketika ditemu bual, barangan keluaran Australia merupakan produk berkualiti tinggi dan dijamin halal dan bersih buatannya.

Pesta Produk Australia itu berlangsung mulai semalam sehingga 11 Mac 2016 dan sepanjang pesta itu, orang ramai boleh mencuba sendiri beberapa produk yang dipromosikan di sana.

Pada pesta itu juga, pakar makanan Australia, Mc Corkell akan mengadakan demonstrasi masakan dan memberikan tip-tip resipi menggunakan barangan buatan Australia.

Selina Cho mencuba beberapa produk buatan Australia dalam Pesta Produk Australia di Supa Save.
Selina Cho mencuba beberapa produk buatan Australia dalam Pesta Produk Australia di Supa Save.
Selina Cho ketika mendengar penerangan mengenai produk yang dipamerkan.
Selina Cho ketika mendengar penerangan mengenai produk yang dipamerkan.

ARTIKEL YANG SAMA