Promosi produk halal kepada penduduk bukan Islam di China

Promosi produk halal kepada penduduk bukan Islam di China

NANNING, China, 11 Sept – Syarikat pengeluar produk halal Malaysia wajar menembusi pasaran China, bukan sahaja bagi menampung keperluan 40 juta penduduk Islam di republik itu, bahkan untuk penduduk bukan Islam.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata penduduk China kebanyakannya hanya mempunyai seorang anak dan mereka bimbangkan keselamatan anak masing-masing.

“Makanan halal dianggap boleh dipercayai. “Ini membuatkan produk halal dari Malaysia mempunyai peluang yang besar di China, dan usahawan Malaysia harus mengambil peluang tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pavilion Malaysia pada Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-13 di sini hari ini.

Menurut Ong produk halal Malaysia yang dieksport ke China masih rendah dan oleh itu mereka digalakkan menyertai pameran perdagangan bagi mempromosikan dan memasarkan produk masing-masing. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA