Promosi Ramadan di Marrybrown

Promosi Ramadan di Marrybrown

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Restoran makanan segera Marrybrown kini menawarkan lima promosi hidangan kombo sempena bulan Ramadan yang telah bermula sejak hari pertama Umat Islam berpuasa dan akan berlangsung sehingga hari pertama Lebaran nanti.

Salah satu promosi yang ditawarkan ialah ‘Price Buster’ yang mengandungi satu ketul ayam original bersama nasi putih dan minuman Pepsi dan kentang Lay’s.

Sementara itu, ‘Ramadan Family Combo’ sesuai dinikmati bersama keluarga dengan menampilkan dua set burger ayam bersama minuman dan dua set satu ketul ayam goreng serta nasi putih.

‘Ramadan Great Combo Deal’ pula mempunyai dua jenis hidangan berbeza iaitu sembilan ketul ayam goreng bersama tiga nasi putih dan sebotol Pepsi 1.5L, serta 15 ketul ayam goreng bersama lima nasi putih dan dua botol Pepsi 1.5L, yang mana hidangan kombo ini, masing-masing, boleh dinikmati bersama oleh empat hingga lima orang dan tujuh hingga lapan orang.

Di samping itu, Marrybrown turut menawarkan ‘Sungkai Super Combo’ yang menampilkan tiga Tower Burger, dua burger ayam, dua ketul ayam goreng, dua nasi putih, tiga paket kentang goreng, enam keping nugget ayam, lima minuman Pepsi serta lima ais krim jeli.

Promosi ‘Sungkai Super Combo’ sesuai dinikmati bersama keluarga dan kawan-kawan.
Promosi ‘Sungkai Super Combo’ sesuai dinikmati bersama keluarga dan kawan-kawan.

Promosi paling menarik ialah ‘Ramadan Great Combo Extra’ yang mana para pelanggan berpeluang membawa pulang telefon bimbit Alcatel secara percuma.

Dalam promosi ini, setiap pembelian para pelanggan akan diberikan kad penebusan yang mana kad mereka akan dicop bagi setiap pembelian satu set sembilan atau 15 ketul ayam goreng.

Pelanggan yang telah membeli 30 set sembilan ketul ayam goreng akan menerima telefon bimbit Alcatel Pop D3 secara percuma, manakala itu, pelanggan yang membeli 15 ketul ayam goreng sebanyak 30 set akan menerima telefon bimbit Alcatel Pop 5D.

ARTIKEL YANG SAMA