Promosi raya di Cosmo Beauty and Perfume

Promosi raya di Cosmo Beauty and Perfume

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 26 Jun – Biarpun baru lebih seminggu umat Islam memasuki bulan Ramadan, promosi jualan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri juga mula kelihatan di kedai-kedai, selain ada juga yang menamakannya Promosi Bulan Ramadan.

Sementara itu di Pekan Belait, Kedai Cosmo Beauty and Perfume, akan menawarkan harga promosi sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri, bagi barangan penjagaan kecantikan kulit muka, solekan, minyak wangi, barangan mandi dan sebagainya bermula esok (27 Jun) sehingga 17 Julai depan.

Kedai yang terletak di No 7 Jalan Pretty, di sini, itu menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus bagi setiap pembelian kali kedua minyak wangi yang didatangkan dari Eropah seperti jenama Hugo, Boss, Gucci, Lacostve, Escada dan sebagainya.

Produk-produk kecantikan dari Indonesia seperti La Tulipe dan Sari Ayu serta berbagai-bagai barangan jenama Follow Me turut ditawarkan diskaun 20 peratus.

Cosmo Beauty and Perfume shop yang dikenali dengan produk Holika dari Korea seperti barangan penjagaan kulit muka, alat solekan dan sebagainya pula akan ditawarkan diskaun sehingga lebih 50 peratus.

Pengunjung juga boleh mendapatkan perkhidmatan Make Over sepanjang promosi diadakan.
Pengunjung juga boleh mendapatkan perkhidmatan Make Over sepanjang promosi diadakan.

Kedai berkenaan turut menyediakan perkhidmatan solekan, mencuci muka dan membentuk alis, yang mana pelanggan boleh terus berkunjung ke kedai berkenaan atau membuat perjanjian terlebih awal.

Di samping itu, Cosmo Beauty and Perfume turut mengadakan jualan promosi perkhidmatan Make Over di Pusat Membeli-Belah KBSentral.

Cosmo Beauty and Perfume agak terkenal dengan produk jualannya Face 2 Change dari Korea, yang boleh mengubah wajah seseorang tampak lebih cantik jika memakai produk tersebut dengan bedak dua dalam satu.

Turut menjadi kegemaran pelanggannya ialah produk Black Carviar yang boleh membantu melambatkan penuaan, sesuai untuk kegunaan kalangan wanita yang sudah meningkat usia.

Kedai berkenaan beroperasi dari pukul 9:00 pagi hingga 8:00 malam setiap hari kecuali pada hari Selasa bagi minggu kedua dan ketiga setiap bulan.