Promosi Raya di Netcom

Promosi Raya di Netcom

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Netcom Computer House menawarkan promosi bagi tiga produk Prolink sehingga 30 Ogos depan.

Sepanjang promosi itu, pelanggan yang membeli Prolink WNR1012 4G Wireless-N Router 300MBPS (Repeater) bukan sahaja akan mendapat potongan harga tetapi juga menerima Tetikus Permainan Video Prolink (PMG-9001 Evotis 2400DPI USB Gaming Mouse) secara percuma.

Manakala itu, pelanggan yang membeli kamera Prolink PIC2001WE Wireless-N IP dengan Wi-Fi Extender akan berpeluang mendapatkan Kad MikroSDHC tanpa adaptor VERBATIM 44013 32GB (kelas 10) secara percuma.

Turut termasuk dalam tawaran ini adalah alat kawalan kamera telefon pintar Prolink PCR1001 Foto Onyx, yang mana setiap pembelian akan berpeluang mendapatkan Monopod GT-M04 secara percuma.

Kakitangan Netcom menujukkan produk Prolink yang ditawarkan dalam promosi itu serta produk percuma yang diberikan bagi setiap pembelian.
Kakitangan Netcom menujukkan produk Prolink yang ditawarkan dalam promosi itu serta produk percuma yang diberikan bagi setiap pembelian.

Promosi ini ditawarkan di enam cawangan Netcom iaitu Kiulap, The Mall, Time Square, Mulaut, Tutong dan juga Kuala Belait. Untuk keterangan lanjut mengenai promosi ini, orang ramai boleh menghubungi talian 2231563/4 atau melayari laman sosial Facebook atau Instagram Netcombrunei.

ARTIKEL YANG SAMA