Promosi Sandakan ke peringkat antarabangsa

Promosi Sandakan ke peringkat antarabangsa

SANDAKAN, 18 Mei (Bernama) – Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN) akan menyertai pameran pelancongan di luar negara bagi mempromosikan tarikan pelancongan daerah itu di peringkat antarabangsa.

Pengerusi persatuan itu Johnny Lim berkata usaha itu antara langkah yang diambil bagi meningkatkan kehadiran pelancong ke daerah ini yang terkenal dengan tarikan alam semulajadi, hidupan liar dan marin.

Katanya langkah lain termasuk mencetak risalah panduan pelancong untuk lokasi menarik dan aktiviti di

daerah ini dan mengenal pasti penerbangan terus berpotensi ke Sandakan terutama dari Singapura dan Pulau Pinang.

“STAN memerlukan kerjasama daripada kerajaan dalam usaha meningkatkan jumlah kehadiran pelancongan ke daerah ini. Kehadiran pelancong khususnya dari luar negara perlu ditingkatkan,” katanya di sini, Rabu.

ARTIKEL YANG SAMA