Promosi ‘Set Ambuyat’ di Hotel Rizqun

Promosi ‘Set Ambuyat’ di Hotel Rizqun

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Coffee House, Hotel Antarabangsa Rizqun kini menampilkan promosi “Set Ambuyat” dan “Sup Gear Box Berempah” yang boleh didapati sehingga bermulanya bulan Ramadan pada Jun nanti.

Set Ambuyat menyediakan pilihan Cacah Tampoyak atau Cacah Binjai, dan termasuk Sup Tahai, Sambal Belacan serta ulam ulaman.

Sementara itu, set “Sup Gear Box Berempah” menampilkan sup Beef Bone Marrow yang diisi dengan herba-herba Melayu, keropok, lobak merah, kentang dan nasi.

Bagi pelanggan yang berminat, bolehlah berkunjung ke Coffee House, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong bermula pada jam 11 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

Hidangan ‘Gear Box Soup Berempah’.
Hidangan ‘Gear Box Soup Berempah’.