Promosi sungkai Tarindak D’Polo

Promosi sungkai Tarindak D’Polo

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun – Sebagai tradisinya setiap tahun untuk memeriahkan suasana Ramadan, Tarindak D’Polo mengadakan promosi sungkai yang pastinya menambat hati para pelanggannya.

Kemeriahan dapat dirasakan di premis restoran berkenaan di Royal Brunei Polo & Riding Club, Jerudong, hari ini, apabila menyaksikan pelanggan memenuhi setiap tempat duduk di ruang dalam dan luar restoran berkenaan.

Seperti lazimnya, pasukan dapur Tarindak D’Polo menampilkan pelbagai hidangan bagi pembuka selera sehingga makanan utama dan pencuci mulut.

Selain daripada itu, Tarindak D’Polo terus menampilkan konsep terbuka dan ala gerai jualan di sebelah luar berhadapan kolam renangnya dengan menampilkan makanan istimewa termasuk pondok ambuyat, piza, mi goreng, ayam goreng, roti john, hidangan goreng-gorengan lain, kambing salai dan yang menarik adalah pondok gulali serta bertih jagung khas bagi si comel.

Warga Tarindak D’Polo menyediakan juadah di sana.
Warga Tarindak D’Polo menyediakan juadah di sana.
Kerabu daging yang menyelerakan .
Kerabu daging yang menyelerakan .
Barisan makanan pembuka selera dan pencuci mulut yang disediakan di sana.
Barisan makanan pembuka selera dan pencuci mulut yang disediakan di sana.

Di sana turut disediakan bilik solat bagi mereka yang berhasrat untuk menunaikan solat fardu maghrib sejurus selepas berbuka puasa yang pastinya memudahkan para pelanggan untuk menunaikan ibadat sepanjang bulan Ramadan ketika bersungkai di sana.

Salah seorang pelanggan yang tidak pernah ketinggalan untuk berbuka puasa di sana, Dayang Siti Nurul Adibah berkata, beliau sememangnya menggemari makanan di sana dan baginya, harga dan kualiti serta kuantiti makan yang ditawarkan adalah berbaloi.

“Semua jenis masakan ada di sini dan pada saya sendiri, makanan pencuci mulut di sini adalah yang terbaik kerana ia menawarkan bukan sedikit malah banyak jenis juadah yang menepati cita rasa saya dan keluarga,” ujar Dayang Siti Nurul Adibah lagi.

ARTIKEL YANG SAMA