Promosi tambang AirAsia kini kembali dengan 3 juta tempat duduk

Promosi tambang AirAsia kini kembali dengan 3 juta tempat duduk

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) – AirAsia dan AirAsia X menawarkan tiga juta tempat duduk promosi percuma yang menghubungkan pengguna ke lebih 100 destinasi di 22 negara.

Tempat duduk promosi ini bermula daripada tambang asas RM0, serta cukai dan fi.

Promosi itu ditawarkan dari 7 Mac hingga 13 Mac 2016 menerusi laman web syarikat penerbangan itu di airasia.com bagi perjalanan dari 1 Oktober 2016 hingga 22 Mei 2017, kata AirAsia dalam satu kenyataan hari ini.

Tempahan juga boleh dibuat menggunakan aplikasi mudah alih AirAsia menerusi iPhone dan perkhidmatan Android, selain laman web mobile.airasia.com.

“Orang ramai boleh memanfaatkan promosi Fly-Thru ini untuk ke destinasi menarik AirAsia X seperti Auckland, Sapporo, Tokyo, Gold Coast, Sydney dan banyak lagi,” kata Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Siegtraund Teh.

ARTIKEL YANG SAMA