Promosi terbaru McDonald

Promosi terbaru McDonald

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Okt – Syarikat Makan Ceria Sdn Bhd selaku francais McDonald’s Brunei kini menampilkan promosi dan hidangan terbaru ke dalam menunya.

Pelanggan yang menggemari minuman di McCafe kini boleh mencuba ‘Himalayan Tea’ yang ditaburi dengan serbuk kayu manis yang didapati dalam tiga saiz cawan, dari kecil hingga besar.

Sementara itu, bagi mereka yang gemarkan minuman sejuk bolehlah mencuba ‘Himalayan Tea’ bersama ais yang disajikan dengan krim putar.

McDonald’s Brunei turut memperkenalkan hidangan sampingan ‘Corn in Cup’ yang boleh didapati secara a la carte atau bersama hidangan sarapan pagi Happy Meal.

Cornetto Sundae dan Cornetto McFlurry.
Cornetto Sundae dan Cornetto McFlurry.
Minuman Himalayan Tea bersama Corn in Cup.
Minuman Himalayan Tea bersama Corn in Cup.

Pelanggan juga boleh memilih ‘Corn in Cup’ bagi menggantikan kentang goreng untuk hidangan menu biasa.

Bagi tempoh yang terhad, McDonald’s Brunei juga menampilkan ‘Young Coconut Pie’ yang boleh didapati selagi stok masih ada.

Manakala itu, bagi pelanggan yang menggemari hidangan pencuci mulut, Cornetto Sundae yang boleh didapati dengan perisa coklat dan strawberi, serta Cornetto McFlurry kini kembali atas permintaan ramai pelanggan.

ARTIKEL YANG SAMA