Promosi terbaru SsangYong

Promosi terbaru SsangYong

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Orang ramai kini boleh mendapatkan lanjutan insurans percuma bagi model terkini SsangYong Rexton W dan juga Actyon Sports menerusi promosi yang diperkenalkan T.C.Y Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan dari Korea itu di Brunei.

Eksekutif Pemasaran Ssang-Yong TCY Motors Sdn Bhd, Alvin Caro berkata, SsangYong Rexton W sekarang dijual bersama tiga tahun insurans percuma, menjadikannya jualan yang lebih menarik.

Daripada enjin 2.7 liter yang dilesenkan dari Mercedes Benz kepada kemampuan 4WD, Rexton W yang mempunyai tujuh tempat duduk ini merupakan kereta SUV buatan Korea yang sangat dipercayai, boleh digunakan di mana-mana sahaja.

Menerusi promosi itu juga, Actyon Sports pula akan didatangkan dengan lima tahun insurans percuma.

Direka bagi individu aktif dan muda, Actyon Sport merupakan SUV buatan Korea dengan harga mampu milik.

Orang ramai kini boleh menikmati tempoh lanjutan insurans percuma bagi model terkini SsangYong Rexton W dan juga Actyon Sports.
Orang ramai kini boleh menikmati tempoh lanjutan insurans percuma bagi model terkini SsangYong Rexton W dan juga Actyon Sports.

Dengan enjin 2.0 liter, ia cukup berkuasa untuk membawa muatan sehingga 392kg dengan mudah.

Actyon Sports Plus juga dilengkapi dengan aksesori-aksesori baru keluaran khas SsangYong termasuk dek kargo baru yang memberikan pelindungan sepenuhnya ke atas kargo yang dibawa daripada pancaran sinar matahari dan hujan.

Selain itu, model ini juga dilengkapi dengan sistem penyaman udara, power steering, power windows, pemain CD/MP3, roda aloi, sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC) serta ciri-ciri keselamatan terkini.

Sehubungan itu, T.C.Y Motors mengalu-alukan orang ramai untuk berkunjung ke bilik pameran terdekatnya di Gadong Sentral bagi menyaksikan sendiri model terbaru SsangYong Rexton W dan Actyon Sports.

ARTIKEL YANG SAMA