Proses Bali berakhir dengan Deklarasi Bali

Proses Bali berakhir dengan Deklarasi Bali

BALI, 23 Mac (Bernama) – Persidangan Proses Bali berakhir hari ini dengan Deklarasi Bali mengenai Penyeludupan Manusia, Pemerdagangan Orang dan Jenayah Berkaitan.

Deklarasi yang dikeluarkan oleh pihak penganjur antaranya menyatakan bahawa ketika mengiktiraf negara-negara yang berdaulat untuk melindungi sempadan dan menentukan dasar migrasi mereka, usaha menangani migrasi rentas sempadan yang tidak teratur memerlukan pendekatan serantau yang menyeluruh, berdasarkan prinsip perkongsian beban dan tanggungjawab bersama.

Ia juga mengakui bahawa bahawa mereka yang tidak berhak mendapat perlindungan antarabangsa harus kembali ke negara asal mereka.

“Kami menggalakkan anggota memastikan bahawa penghantaran pulang dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya hak asasi manusia dan mengiktiraf tanggungjawab negara-negara untuk menerima semula rakyat mereka yang dihantar pulang,” kata kenyataan itu.

Persidangan itu juga menekankan tentang perlunya melibatkan diri secara membina dengan sektor swasta untuk memperluaskan peluang-undang yang sah di bawah undang-undang bagi migrasi buruh dan memerangi pemerdagangan manusia dan eksploitasi berkaitan termasuk menggalakkan dan melaksanakan, amalan buruh yang berperikemanusiaan dan tidak bersifat penderaan.

Sesi bergambar bersama barisan menteri dari pelbagai negara pada Persidangan Peringkat Menteri Keenam Proses Bali mengenai Penyeludupan Manusia, Pemerdagangan Orang dan Jenayah Rentas Sempadan (Proses Bali) kelmarin. – Bernama
Sesi bergambar bersama barisan menteri dari pelbagai negara pada Persidangan Peringkat Menteri Keenam Proses Bali mengenai Penyeludupan Manusia, Pemerdagangan Orang dan Jenayah Rentas Sempadan (Proses Bali) kelmarin. – Bernama

“Kami berhasrat untuk meningkatkan kempen maklumat awam bagi meningkatkan kesedaran dan kesungguhan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan penyeludup dan pengedar dihadapkan ke muka pengadilan,” kata kenyataan itu.

Mesyuarat juga bersetuju untuk menggalakkan negara anggota meneroka perlindungan sementara yang berpotensi dan urusan penginapan setempat untuk pencari suaka dan pelarian tertakluk kepada undang-undang dan dasar domestik.

Proses Bali diasaskan pada 2002 dan telah berjaya meningkatkan kesedaran serantau mengenai kesan buruk penyeludupan manusia, pemerdagangan orang dan jenayah rentas sempadan berkaitan, dan menggubal serta melaksanakan kerjasama secara praktikal sebagai respon.

Lebih 48 negara dan organisasi termasuk dari UNHCR, Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) dan Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), dan beberapa negara pemerhati dan agensi antarabangsa menghadiri forum sukarela ini.

ARTIKEL YANG SAMA