Proses kelulusan import eksport emas dimudahkan

Proses kelulusan import eksport emas dimudahkan

BEIJING, 4 Mei (Bernama) – China akan menguji satu dasar baharu untuk menjadikan import dan eksport emas lebih mudah, demikian lapor agensi berita Xinhua hari ini.

Dasar baharu itu, yang akan diuji kaji di Beijing, Shanghai, Guangzhou, Nanjing, Qingdao dan Shenzhen, dijangka diuji bermula 1 Jun, 2016.

Ia akan membolehkan syarikat emas membuat pemeriksaan kastam sehingga 12 kali dengan satu permit, kata akhbar itu yang memetik kenyataan bersama daripada People’s Bank of China dan Pentadbiran Am Kastam.

Sebelum ini, syarikat emas perlu memohon permit bagi setiap konsainan import atau eksport.

Xinhua melaporkan langkah baharu itu akan memudahkan prosedur kelulusan dan menambah baik persekitaran perdagangan.