Proses mencar...

Proses mencari rakan strategik Proton kompleks

KUALA LUMPUR, 15 Feb – DRB-Hicom Bhd (DRB-Hicom) hari ini mengulangi bahawa ia akan memuktamadkan dan mengumumkan keputusan mengenai rakan strategik asing (FSP) untuk pembuat kereta milik penuhnya Proton Holdings Bhd (Proton), dalam tempoh separuh pertama tahun ini.

“Kami akan berusaha menyelesaikannya secepat mungkin.

“Ia satu proses yang kompleks, dan oleh itu ia mengambil masa yang lama,” katanya dalam satu kenyataan bagi menjelaskan laporan bahawa proses pencarian FSP akan dimuktamadkan hari ini.

Selepas menerima bidaan, DRB-Hicom berkata ia akan memulakan rundingan terperinci dengan pembida bagi memastikan pertimbangan utama operasi strategik dan budaya yang seragam dipenuhi oleh FSP berpotensi. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA