Proses pemulihan ‘panjang, membosankan’

Proses pemulihan ‘panjang, membosankan’

MEXICO CITY, 21 Okt – Tiger Woods belum memulakan pemulihan bagi pembedahan kedua bahagian belakangnya yang dilakukan sebulan lalu, dan dia semalam berkata akan menghadapi satu lagi proses “panjang dan membosankan” yang menggambarkan ia mungkin lama sebelum dia kembali beraksi sekali lagi.

Woods kali terakhir beraksi pada pertandingan Wyndham Champion pada 23 Ogos lalu, di mana dia terikat di kedudukan ke-10 bagi penyudah terbaiknya pada pertandingan Jelajah PGA dalam hampir dua tahun.

Dalam pengumuman yang mengejutkan pada 18 September lalu, dia berkata menjalani pembedahan belakang kali kedua selepas doktor melakukan pemeriksaan rutin menemukan cakera yang retak menekan sarafnya. Woods menjalani pembedahan pertamanya hanya sebelum Master 2104 dan tidak beraksi hampir tiga bulan. Dia kemudian berkata dia kembali terlalu awal.

“Pemulihan tidak lama lagi, dan ia adalah panjang dan membosankan,” kata Woods pada Bridgestone America Golf Cup, satu acara persembahan yang seharusnya dia beraksi bersama Matt Kuchar sehingga pembedahan keduanya. “Kali terakhir, ia membawa saya begitu lama untuk kembali. Sebahagian pemain dalam jelajah melakukan prosedur yang sama dan kembali tanpa sebarang kesakitan yang mereka ambil masa lebih setahun.” – Agensi

Tiger Woods tekun member tunjuk ajar kepada seorang kanak-kanak perempuan ketika klinik mempromosi permainan golf anjuran Kelab Golf Bridgestone Amerika di Mexico City, pada 20 Oktober 2015. – Agensi
Tiger Woods tekun member tunjuk ajar kepada seorang kanak-kanak perempuan ketika klinik mempromosi permainan golf anjuran Kelab Golf Bridgestone Amerika di Mexico City, pada 20 Oktober 2015. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA