Prosiding PAC ditangguh

Prosiding PAC ditangguh

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) – Prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang sepatutnya diadakan bulan ini, telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Dalam satu kenyataan, 1MDB berkata pihaknya telah menerima pemberitahuan rasmi daripada setiausaha PAC, Datuk Roosme Hamzah, yang juga Setiausaha Dewan Rakyat melalui Kementerian Kewangan.

Ia berkata prosiding PAC sepatutnya diadakan pada 4,5,6,17 Ogos serta 8 dan 10 Sept.

“Kami sekali lagi mengulangi hasrat untuk memberi kerjasama penuh kepada PAC dan akan hadir pada prosing pada tarikh baharu,” kata kenyataan itu.

1MDB berkata ia menghormati PAC sebagai pihak berkuasa yang sah dan forum yang sesuai untuk soalan-soalan mengenai 1MDB ditanya dan dijawab.

ARTIKEL YANG SAMA