Prospek kredi...

Prospek kredit Asia Pasifik 2017 stabil

SYDNEY, 11 Jan – Trend pengadaran Asia Pasifik akan menjadi stabil pada 2017 meskipun lebih banyak negara mencatat keputusan negatif sejak pertengahan 2010, walaupun metrik kredit mungkin menjadi lemah sekiranya krisis pasaran kewangan muncul semula.

Agensi pengadaran global Standard & Poor’s (S&P) berkata hari ini prestasi ekonomi dunia masih dibebani oleh beberapa ekonomi maju, dan dengan perkembangan politik yang tidak pasti di Eropah dan Amerika Syarikat.

“Sentimen antiglobalisasi semakin meningkat dan risiko langkah perlindungan sedang bertambah,” kata penganalisis kredit S&P Global Rtaings Kim Eng Tan dalam satu kenyataan.

“Ia adalah perkembangan negatif untuk Asia Pasifik, yang telah menerima faedah daripada perdagangan dan aliran pelaburan global. Risiko mungkin meningkat seterusnya jika pilihan raya akan datang di Eropah menghasilkan lebih banyak kejutan.”

Krisis pasaran kewangan akan kembali sekiranya keutuhan Kesatuan Eropah sekali lagi dipersoalkan atau langkah anti-perdagangan mungkin dilaksanakan, membawa kepada kemerosotan dalam keadaan kewangan dan kelemahan metrik kredit sebelum kesan perdagangan menjadi ketara.

Bagaimanapun kebaikan pinjaman utama adalah keuapayaan kerajaan untuk melaksanakan langkah-langkah dan keberkesanan dasar untuk membentuk profil kredit masing-masing sebagai respon kepada cabaran berkenaan, kata pengarah urusan Moody’s Investors Service Marie Diron.

“Pihak berkuasa sedang merumuskan dasar yang berkisar daripada mereka yang mengatasi cabaran jangka pendek kepada mereka yang menetapkan syarat-syarat untuk peningkatan jangka lebih panjang dalam profil kredit,” kata Diron.

“Bagaimanapun, keupayaan untuk melaksanakan dasar berkenaan adalah berbeza di seluruh negara, sebagaimana yang terbukti dalam skor Moody’s untuk kekuatan industri, yang berbeza di seluruh rantau.”

Moody’s, seperti S&P, menilai prospek kredit untuk Asia Pasifik sebagai stabil pada 2017. – Xinhua