Protes berlar...

Protes berlarutan akibat kenaikan harga petrol di Mexico

BANDAR MEXICO, 5 Jan – Kecurian berlaku di berpuluh-puluh kedai di Mexico kelmarin di sebalik perkumpulan protes terhadap kenaikan harga petrol tatkala pihak berkuasa menahan lebih daripada 200 orang.

Warga Mexico telah menyekat stesen minyak, lalu lintas jalan raya dan mengadakan protes sejak kerajaan menaikkan harga bahan api sebanyak 20.1 peratus pada 1 Januari.

Vandalisme dan kecurian tercetus di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat, menyebabkan Menteri Dalam Negeri, Miguel Angel Osorio Chong untuk mengarahkan Suruhanjaya Keselamatan Negara untuk menyokong pihak berkuasa tempatan.

The National Association of Self-Service & Department Stores berkata 79 kedai telah dirompak manakala akses laluan kepada lebih daripada 170 telah disekat, terutamanya di negeri Mexico, ibu negara, negeri tengah Hidalgo dan negeri barat Michoacan.

Polis Tentera Laut mengawal kedai selepas insiden rompakan semasa protes di pelabuhan Veracruz, Mexico, kelmarin. – AFP
Polis Tentera Laut mengawal kedai selepas insiden rompakan semasa protes di pelabuhan Veracruz, Mexico, kelmarin. – AFP

Kerajaan negeri Mexico, yang mengelilingi ibu negara, berkata dalam satu kenyataan bahawa 161 orang, termasuk 35 kanak-kanak telah ditahan bagi ‘pelbagai tindakan vandalisme dan kecurian di kedai-kedai’ dalam enam majlis perbandaran.

Menurut kenyataan itu, “beberapa kumpulan telah menawan dan melakukan rompakan dan melakukan vandalisme atas alasan untuk membantah liberalisasi harga petrol.”

Imej Media menunjukkan mereka menggunakan motosikal dan trak pikap untuk mencuri barangan.

Datuk bandar Mexico City Miguel Angel Mancera memberitahu kepada rangkaian Televisa bahawa 23 kedai telah dirompak di ibu negara dan 64 orang ditahan. – AFP