Protes bukan punca Reds, Black Cats seri

Protes bukan punca Reds, Black Cats seri

LONDON, 7 Feb – Protes besar-besaran oleh peminat terhadap harga tiket bukan punca menyebabkan keputusan seri 2-2 dengan Sunderland, kata penolong jurulatih Pep Lijnders.

Pada minit ke-77 di Anfield, dengan pasukan tuan rumah mendahului 2-0, ribuan penyokong meninggalkan kerusi masing-masing dan keluar beramai-ramai mengikut perancangan awal bagi menyatakan bantahan mengenai rancangan kelab itu menaikkan harga tiket.

Lijnders selaku jurulatih pembangunan mengambil alih tugas daripada pengurus, Juergen Klopp kerana menjalani pembedahan apendiks, menyaksikan Liverpool yang berada di kedudukan kesembilan, bolos dua gol pada lapan minit terakhir.

Jaringan Roberto Firmino dan Adam Lallana meletakkan Liverpool di depan sebelum Adam Johnson dan Jermain Defoe tampil menyamakan kedudukan untuk Sunderland yang kini di ambang tersingkir daripada liga.

Para penyokong mula memenuhi kerusi kosong yang ditinggalkan setelah Adam Johnson berjaya menjaringkan gol pertama bagi pasukan Sunderland. – Reuters
Para penyokong mula memenuhi kerusi kosong yang ditinggalkan setelah Adam Johnson berjaya menjaringkan gol pertama bagi pasukan Sunderland. – Reuters

“Kami memiliki antara penyokong terbaik di dunia dan jika mereka mahu menyampaikan sesuatu, mereka semua berhak untuk melakukan itu,” kata Lijnders.

“Sudah tentu ia tidak memberi kesan kepada pemain. Ia berkemungkinan mengubah suasana stadium tetapi bukan mental pemain.”

Kumpulan penyokong itu meminta peminat keluar stadium pada minit ke-77 sebagai simbol 77 pound terhadap harga tertinggi yang ditawarkan bagi harga tiket baru, harga yang dikatakan sukar diterima berikutan terlalu tinggi.

Peminat menyanyikan lagu rasmi kelab ‘you’ll never walk alone (YNWA)’ sebelum menyorak ‘enough is enough’.

Ketua Eksekutif Liverpool, Ian Ayre bagaimanapun mempertahankan struktur harga baru itu. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA