Protes maut, polis Mexico disiasat

Protes maut, polis Mexico disiasat

OAXACA, Mexico, 21 Jun (AFP) – Pihak berkuasa Mexico semalam menyiasat sama ada polis bertanggungjawab terhadap mana-mana kematian dalam keganasan pada hujung minggu yang membunuh 10 orang ketika guru yang menentang pembaharuan pendidikan kerajaan melancarkan protes.

Siasatan dijalankan tatkala beribu-ribu orang dipimpin oleh kesatuan guru CNTE berarak di ibu negeri selatan Oaxaca untuk mengecam kematian pada Ahad sebagai satu “pembunuhan.”

Pergolakan menyusuli bantahan berbulan-bulan lamanya oleh guru yang menolak pembaharuan Presiden Enrique Pena Nieto, yang mewajibkan pendidik menjalani penilaian prestasi.

Lapan orang terbunuh di Asuncion Nochixtlan, di mana polis berkata mereka diserang hendap oleh kumpulan bersenjata yang tidak dikenalpasti setelah pegawai merobohkan sekatan yang didirikan oleh guru.