Proton pertimbang kenaikan harga pada tahun depan

Proton pertimbang kenaikan harga pada tahun depan

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Proton Holdings Bhd mempertimbangkan untuk menaikkan harga kereta keluarannya mulai Januari 2016 disebabkan kelemahan ringgit.

Dalam kenyataan hari ini, pengeluar kereta nasional itu berkata kenaikan harga tersebut dilihat sebagai situasi industri yang ia perlu dinaikkan untuk mengimbangi kesan ringgit yang rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata kebanyakan daripada bahan mentah syarikat itu dibeli dalam mata wang asing.

“Penyusutan ringgit memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian ekosistem daripada vendor kepada kami,” katanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA