Provokasi China merisaukan

Provokasi China merisaukan

MANILA, Filipina, 12 April (AP) – Seorang diplomat Filipina hari ini memberi amaran bahawa mana-mana langkah China untuk mengubah beting yang dipertikaikan menjadi sebuah pulau, akan menambah lagi pertikaian di Laut China Selatan, yang mana tentera laut AS baru-baru ini melihat kapal peninjau China yang disyaki, dan meminta Washington meyakinkan Beijing supaya tidak mengambil langkah ‘sangat provokatif itu’.

Duta Filipina ke Washington Jose Cuisia Jr memberitahu sidang media di Manila bahawa seorang pegawai kanan tentera laut AS melaporkan telah melihat sebuah kapal yang disyaki kapal peninjau China di Beting Scarborough beberapa minggu lalu dan melahirkan kebimbangan tentang kehadirannya di kawasan luar pesisir yang dipertikaikan.

Ketenteraan Filipina telah memeriksa tetapi tidak menemui apa-apa, mungkin kerana kapal China telah meninggalkan beting itu kemudian, menurutnya.

China telah berkata ia telah selesai kerja-kerja pembinaan untuk mengubah tujuh terumbu menjadi pulau di kepulauan Spartlys yang dipertikaikan di Laut China Selatan, yang menimbulkan kebimbangan di rantau itu dan mencetuskan gesaan kerajaan Asia dan Barat supaya China menghentikan langkah provokasi yang boleh membawa kepada konfrontasi.

Beijing berkata ia adalah pemilik Spartlys, yang digelarnya pulau Nansha, dan berhak untuk melaksanakan pembinaan di sana.

Pasukan tentera laut AS melihat kapal peninjau di Scarborough, kawasan penangkapan ikan kira-kira 230 kilometer barat Filipina, telah mengukuhkan kecurigaan bahawa Beijing menginginkan atol besar sebagai sasaran seterusnya di usaha meluasnya membina pulau, menurut Cuisia.

“Itu pada pendapat saya akan sangat provokasi jika mereka akan membina di Beting Scarborough,” katanya lagi, dengan menambah kata tindakan seumpama itu akan ‘seterusnya menambah ketegangan dan konflik’.

Filipina tidak mampu menahan China daripada membina sebuah pulau di beting, yang mana para nelayan Filipina telah ditegah oleh kapal pengawal pantai China, menurutnya lagi.

“Kami berharap AS dan negara-negara lain akan meyakinkan China supaya tidak meneruskan dengan usaha itu,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA