Provokasi hentikan permainan

Provokasi hentikan permainan

MILAN, 5 Feb – Pertembungan antara Lazio dan Napoli berlangsung dengan kontroversi selepas tindakan penyokong tuan rumah yang membuat provokasi perkauman sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan selama tiga minit.

Pengadil perlawanan, Massimiliano Irrati mengambil keputusan untuk memberhentikan perlawanan pada minit ke-68 selepas pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly (gambar) diejek dengan unsur perkauman oleh penyokong Lazio.

Pada saingan Serie A semalam, Koulibaly yang juga pemain antarabangsa Senegal diejek dengan laungan monyet ketika Napoli mencatat kemenangan 2-0 ke atas Lazio.

Namun begitu, selepas berunding dengan jurulatih serta pegawai perlawanan, Irrati mengambil keputusan untuk meneruskan semula perlawanan berkenaan.

Lazio dikenakan hukuman denda serta sekatan di stadium bagi dua perlawanan Serie A ekoran daripada insiden perkauman tersebut.

pg21_160206_b

Pasukan di bawah kendalian Lazio Stefano Pioli itu dikenakan denda 50,000 euro dengan keseluruhan kawasan tempat duduk Curva Nord (North End) di Stadium Olimpik ditutup bagi peminat untuk dua perlawanan liga.

Ketika pemain kedua-dua pasukan mengerumuni Koulibaly sejurus insiden terbabit, pegawai rasmi Serie A bertindak pantas dengan berbincang mengenai bentuk hukuman terhadap Lazio.

Kenyataan daripada Serie A berkata, “Lazio didenda 50,000 euro dan akan bermain pada dua perlawanan selepas ini dengan kawasan tempat duduk di Curva Nord, Tevere Nord dan Monte Mario ditutup kepada peminat.” – AFP