PSA pilih KL jadi tuan rumah

PSA pilih KL jadi tuan rumah

LONDON, 4 Feb – Kejohanan Skuasy Wanita Dunia akan tetap dipentaskan di Kuala Lumpur pada April depan, empat bulan selepas kontroversi pembatalan acara itu, menurut penganjur.

Kejohanan itu yang menawarkan hadiah paling lumayan dalam sejarah jelajah wanita, akan berlangsung di Kompleks Sukan Bukit Jalil dari 23-30 April.

“Kami gembira apabila berjaya mencapai jalan penyelesaian dengan semua pemegang saham berkaitan bagi membolehkan kami mementaskan acara itu pada April nanti,” kata Ketua Eksekutif Persatuan Skuasy Profesional (PSA), Alex Gough (gambar) dalam satu kenyataan.

Kejohanan itu pada mulanya dijadual pada Disember tahun lalu tetapi dibatalkan selepas penganjur menggunakan alasan ancaman keselamatan.

Tetapi PSA berkata, perjanjian kini sudah dicapai antara promoter, Sportspin Event and Athlete Management.

pg31_160205_c

“Kejohanan Wanita Dunia PSA acara terpenting dalam kalendar pemain wanita dan bagi memastikan mereka diberi peluang bertanding di peringkat dunia menjadi perbincangan utama bersama Sportspin,” kata Gough.

Pengarah Sportspin, Azlan Iskandar berkata, “Kami sangat gembira dengan perjanjian bersama PSA dan tidak sabar lagi mementaskan Kejohanan Wanita Dunia di Kuala Lumpur pada April depan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA