PSG bahan Lyon

PSG bahan Lyon

PARIS, 14 Dis (AFP) – Zlatan Ibrahimovic menambah jaringannya kepada 14 dalam 11 perlawanan Ligue 1 ketika Paris Saint-Germain membelasah Lyon 5-1 dalam saingan di ibu kota Perancis, awal pagi tadi.

Ibrahimovic dan Serge Aurier kedua-duanya menjaringkan gol dalam tempoh 17 minit awal buat skuad kendalian Laurent Blanc sebelum kesilapan penjaga gol Kevin Trapp membolehkan Jordan Ferri kembali merapatkan jurang buat Lyon.

Bagaimanapun, Edinson Cavani mengembalikan kelebihan dua gol PSG selepas perlawanan babak kedua bersambung dan Ibrahimovic menyumbat gol keduanya menerusi penalti.

Pemain gantian, Lucas menambah jaringan kelima sebelum tamat permainan ketika PSG mula menjarakkan kedudukan 17 mata daripada pencabar terdekat Angers dan Monaco dengan kempen baru bermula dengan 18 perlawanan.

Zlatan Ibrahimovic meraikan golnya bersama rakan sepasukannya. – AFP
Zlatan Ibrahimovic meraikan golnya bersama rakan sepasukannya. – AFP

PSG kini tidak tewas dalam 27 perlawanan Ligue 1, rentetan perlawanan bermula dari Mac, dan kekal berada di landasan terbaik untuk memecah rekod mata terbanyak sepanjang separuh musim liga Perancis.

Pasukan terhebat Lyon pada dekad sebelumnya mengumpul 50 mata pada pertengahan musim 2006/07, tetapi Paris sudah mengumpul 48 mata dan boleh mencipta rekod baharu dengan kemenangan di Caen pada perlawanan terakhir tahun ini.

“Masih ada babak kedua musim ini untuk bermain dan kami perlu menunjukkan keazaman yang sama untuk terus memungut mata,” kata Blanc.

ARTIKEL YANG SAMA