PSG bangkit

PSG bangkit

RAZGRAD, Bulgaria, 29 Sept – Paris Saint-Germain bangkit daripada permulaan yang perlahan untuk mencatatkan kemenangan 3-1 di Ludogorets Razgrad dalam aksi Liga Juara-Juara semalam dan mengekalkan rentak bersama Arsenal di kedudukan teratas Kumpulan A.

Edinson Cavani menjaringkan gol selepas Blaise Matuidi membatalkan jaringan pembukaan Natanael Pinienta bagi pasukan dari Bulgaria itu.

Tetapi juara Perancis, yang seri di laman sendiri menentang Arsenal dalam persaingan kumpulan pembukaan, mendominasi separuh masa kedua dan dengan mudah meletakkan kekalahan ke atas pasukan dari Bulgaria itu, yang beraksi dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara bagi kali kedua.

PSG mungkin memulakan impian yang menarik tetapi rembatan dari Cavani dari luar kotak penalti melencong di sudut tiang dan mengenai palang.

Ludogorets mensia-siakan serangan mengejutkan tiga menentang seorang pemain tetapi mendahului pada suku jam perlawanan ketika Natanael menyudahkan rembatan daripada sepakan sudut dari sudut sukar.

Cavani meraikan jaringan semasa menentang Ludogorets dalam aksi Liga Juara-Juara Kumpulan A di stadium Levski, Sofia kelmarin. – AFP
Cavani meraikan jaringan semasa menentang Ludogorets dalam aksi Liga Juara-Juara Kumpulan A di stadium Levski, Sofia kelmarin. – AFP

Alphonse Areloa yang berada di gawang PDG tidak dapat melihat dinding kawalan pemain di depannya, dengan Cavani bersedia. PSG bergelut untuk mencipta segalanya, walaupun Lucas melepaskan ledakan dari jarak jauh.

Tetapi lima minit sebelum rehat, midfield Marco Veratti mampu untuk merobek pertahanan Bulgaria, menghantar bola bagi Matuidi yang hanya berada dalam kawasan untuk menjaringkan gol penyamaan.

Cavani bekerja keras dan malam yang menarik dan memulakan separuh masa kedua dengan rembatan di bahagian atas.

Beberapa kedudukan kemudian, Angel Di Maria berpusing di luar kotak penalti tetapi rembatannya melepasi tiang gol kemudian menumpukan rembatan tepat kepada penjaga gol Vladislav Stoyanov.

PSG memberikan tekanan dengan beberapa peluang menguji barisan pertahanan Ludogorets, tetapi Di Maria sekali lagi mensia-siakan peluang dengan rembatannya yang jelas tidak menjejaskan Stoyanov mahu pun Cavani dalam peluang untuk menyudahkan jaringan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA